Pages

Thursday 28 February 2013

Suka Dengan Lelaki Pemalu??


Lelaki pemalu???lelaki pemalu susah dah nak jumpa sekarang...Ada tak diantara krg yang suka lelaki pemalu??mesti ada kan so ada kwn aq ni dia minat ngan lelaki pemalu dan dia berjaya memikat lelaki pemalu tu aq apa lagi minatak tips la...

Antara tips yang aq ingat adalah:


1. Sensitif

Cara pertama untuk memikat hati jejaka pemalu adalah dengan bersikap lebih sensitif. Sesetengah lelaki sukakan wanita yang agresif, tapi untuk jejaka pemalu, si gadis perlu lebih peka terhadap perasaan si jejaka. Jika terlalu mendesak, kemungkinan anda hanya menakutkan si dia. Perlahan-lahan tonjolkan diri anda dan anda bakal mendapat respon yang baik.

2. Bersikap Comel Dan Manis

Cara lain untuk memikat si dia adalah dengan bersikap secomel mungkin. Cuba latih diri anda untuk bersikap pura-pura malu walaupun anda adalah seorang yang sangat terbuka. Sensasikan dirinya dengan kiriman coklat dan bunga dan cuba untuk tersenyum simpul di hadapannya. Percayalah, taktik ini benar-benar mujarab untuk memikat si dia yang pemalu.

3. Bersikap Ramah

Sesetengah lelaki menyukai gadis yang tidak terlalu ‘sweet’ ataupun peramah, namun untuk kategori lelaki pemalu, mereka sebenarnya mencari gadis yang boleh dijadikan rakan. Cuba lah bersikap ramah dan bercakap dengannya apa jua topik semasa. Dari situ, anda akan jumpa persamaan diri masing-masing.

4. Jangan Gelojoh

Ingat bahawa jejaka pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka ya. Memang benar gadis perlu mengambil langkah pertama tapi selepas itu perlahankan langkah anda, jadikan ia lebih semulajadi.

5. Kenali Si Dia

Apa sebenarnya yang jejaka pemalu inginkan? Ia tidak lain adalah mempunyai gadis yang ingin mengenali jiwa mereka. Jika anda mahukan cara terbaik memikat mereka, mulakan dengan langkah pertama bertanyakan tentang pelajarannya, kerjaya, keluarga dan apa yang mereka sukai di masa lapang. Percayalah, mereka sangat menyukai gadis yang bertanyakan hal mereka walaupun mereka nampak malu pada permulaan bicara. Usik sedikit dirinya
secara sopan, nescaya dia lebih sukakan diri anda.

6. Pujilah Si Dia

Semua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, semua jejaka gemarkan wanita yang menyukai dirinya memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah contohnya anda sukakan warna baju atau fesyen terbaru rambutnya. Untuk yang lebih berani, puji bentuk tubuhnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki!

7. Lakukan Secara Lembut

Apabila anda berurusan dengan lelaki yang benar-benar malu, salah satu cara untuk memikat si dia adalah lakukan semua perkara dengan secara lembut. Jadilah gadis yang mudah didekati, sentuh hatinya secara lembut dan halus dengan membiarkan dia tahu bahawa anda suka dia!

8. Gerak Bahasa Tubuh

Perhatikan bahasa tubuhnya adakah si jejaka benar-benar bertindak balas dan suka dengan usaha anda selama memikat si dia. Adakah dia mula memikat anda kembali? Mata anda selalu bertentangan? Jika ya, inilah tanda si dia mula memberi ruang kepada anda. Jika tidak, anda harus cuba lagi ya!

9. Bersikap Kelakar

Bila anda cuba memikat si jejaka pemalu, pastikan anda mempunyai personaliti yang benar menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.


10. Anda kena berani memulakan.

Walaupun Anda perempuan, Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu selama ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan Anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.

12. Gunakan cara non-verbal.

Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, Anda boleh meluah pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui Facebook, luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila Anda buat cara ni, pasti si lelaki kagum dengan keberanian Anda. Dia akan faham Anda betul-betul suka kat dia.

13. Malu biasanya cuma sementara.

Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila Anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan Anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ni pemalu sebab mereka kurang biasa dengan Anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan Anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.

14. Cakap pasal topik umum.

Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ni bercakap mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagu-lagu terbaru atau simply bercakap tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat misalnya membaca, melukis, berblog, berFacebook,mengedit gambar,mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ni apa yang dia suka buat di masa lapang, selepas tu, bila dia sudah galak bercerita, Anda sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!

15. Santaikan wajah, santaikan suara.

Ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia pemalu, sebaliknya bawa dia bercerita-cerita cara santai, sepertimana Anda bercerita-cerita dengan kengkawan lain, tetapkan bercerita walau mata Anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara Anda kena di santaikan – elak jadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai perempuan kena banyak main peranan. Jarak diri Anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh dengar suara anda.
Jangan suara ngada ngada pulak takut dia rimas....

Memikat jejaka pemalu tidaklah semudah memikat jejaka kebanyakan. Anda mungkin mahu main sedikit sehingga permainan, samada menjadikan diri anda lebih mudah didekati atau mendekati dia! Jadi wanita, jika ada jejaka pemalu dalam fikiran anda yang anda minati sekian lama, ayuh lakukan sekarang!

wslam...



4 comments:

  1. Saya seorang pemalu.. thats true.. slmt mencuba;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha why so hard erk.. sometime risau cara ini buat korang lebih jauh.
      and donno why la lelaki jenis camni salu win dalam hati. arghhhh

      Delete
  2. ada member class suka gosip saya dengan sorg lelaki yang pemalu, tapi saya buat selamba.
    masa awal2 dia memang susah nak cakp,tpi ada satu hari seblm nak.cuti raya tu saya cuba bercakap.ngan dia.bertanya tentang stapler dan ada lagi satu peristiwa saya ngan dia ambil nak.excident masa.kat library dua terkejut

    ReplyDelete
  3. Lelaki pemalu dan pendiam selalunya seorang yg setia

    ReplyDelete