HADFINA HAIFA
dan Zain berkahwin atas dasar suka sama suka. Angkara prasangka dan
sikap panas baran Zain, Fina diceraikan dengan talak tiga tanpa rela.
Saat hatinya sudah dapat menerima hakikat perpisahan, Zain mendesak agar
Fina disatukan dengan calon suami sementara yang dipilih olehnya demi
kembali bersatu. Akibat keliru, Fina membawa diri dengan bercuti ke
Hatyai.
YUSUF THAQIF CURNIA.
Saat pertama kali bertentang mata dengan wanita itu, dia tahu itulah
‘isteri untuk akhiratnya’. Entah mengapa pertemuan tanpa dialog itu
membuahkan rasa cinta yang mendalam terhadap wanita itu. Dipanjatkan doa
kepada Yang Maha Esa agar mereka dipertemukan kembali. Lama menanti,
akhirnya dia akur yang ia hanyalah fantasi. Demi mengubat hati yang
terluka, dia bercuti membawa diri.
Di bumi gajah putih itu tanpa dirancang mereka dipertemukan. Harapan
Fina untuk rujuk semula dengan Zain kembali menyinar saat Curnia
menawarkan diri untuk menjadi suami sementaranya. Janji dipatri dan ijab
kabul dilafazkan. Dari itu, Fina mengenal apa itu cinta.
“Abang... kenapa muka abang jadi macam ni? Siang abang jadi manusia, malam-malam abang tukar jadi hantu ke?” – FINA
“Apa yang peliknya? Abang ingatkan Fina nak... abang tadi.” - CURNIA
“Tolong sikit, muka macam Negro, tak selera Fina nak...” - FINA
Saat cinta di antara mereka mulai mekar, Zain hadir menagih janji dan
Sofia pula muncul menunggu cintanya berbalas. Akibatnya, Fina telah
difitnah dek kerana cemburu.
“Kau yang dapat balasan kerana merampas Curnia daripada aku. Aku akan
pastikan kau menjanda untuk kali kedua. Ini Sophie, kau yang mulakan
dahulu, kau terimalah akibatnya.” - SOFIA
Dapatkah Curnia dan Fina mempertahankan perkahwinan mereka? Adakah
perkahwinan itu perlu diakhiri demi janji yang telah dipatri? Siapakah
pilihan hati Fina? Adakah bekas suaminya ataupun suami sementaranya?
Segalanya terjawab dalam Kurnia Untukku...
No comments:
Post a Comment