1.
Perubahan tingkah laku/ minat
Si dia
sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu. Bualan di
telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa ber-dating, si dia
kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon
bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan
dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka
menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang
mempengaruhi dia.
2.
Memberi alasan
Bilamana
anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin; ibu
memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci kereta katanya. Jika diajak
keluar pula, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak assignment untuk
dibereskan.
3.
Mengelak pandangan mata
Apabila
bersama anda, si dia lebih suka menundukkan wajah daripada melihat ke mata
anda. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The
eyes are the mirror of the soul”
4.
Selalu dengan telefon bimbitnya
Hatta
jika bersama anda sekalipun si dia masih ber-SMS tidak henti. Apabila
anda mahu memeriksa handphone-nya, si dia tidak izinkan. Privacy
katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik batu!
5.
Gelisah tidak tentu pasal
Si dia
asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu
kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing
kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya berdering, segera dia berlari anak ke
tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?
6.
Menolak
Anda
mengajaknya keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton
wayang alasannya filem tak best. Jika mahu belanja makan sekalipun, si dia
tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada anda –
yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.
7.
Membesarkan masalah kecil
Si dia
sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan
warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak
masuk akal.
8. Kurang
melafazkan kata-kata cinta
Jika
dahulu, setiap mesej anda diselitkan dengan kata-kata cinta dan puisi rindu,
kini tidak lagi. Kata ucapan dan pertanyaan daripada anda juga disambut acuh
tak acuh
9.
Tersasul menyebut nama panggilan lain
Selama
ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia
kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau
‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu
hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.
10. Tidak
menghargai pemberian anda
Hadiah
anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini
hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga
perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.
11.
Membalas panggilan/ SMS acuh tak acuh
Perbualan
telefon anda dengan si dia menjadi satu komunikasi yang menjemukan kerana si
dia lebih suka berdiam diri dan jarang mengisuka. Mesej pesanan ringkas anda
pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja.
12.
Menjawab panggilan secara berbisik
Entah
kali ke berapa anda menelefonnya tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan.
Malangnya suara si dia sedikit cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan
secepat mungkin. Ada hal mustahak lain katanya.
13.
Mencari kesalahan anda
Kerana
ingin berpisah dengan anda, si dia berusaha untuk mencari silap
anda untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan anda
dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.
14. Tidak
mesra semasa bertemu
Walaupun
anda berada di depan matanya ketika makan bersama di restoran, si dia tidak
fokus dan matanya melilau ke arah lelaki/ perempuan lain yang berada di
sekeliling.
15. Cepat
marah
Apabila
ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik
angin dan menuduh anda mahu mengongkong kehidupannya.
16. Tidak
mengendahkan rajuk anda
Perkara
biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi akhir-akhir ini anda
dibiarkan makan hati sendirian dan tiada lagi pujuk rayu sebagai pengubat lara.
17. Tidak
menghubungi anda
Waktu
hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak
senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak
mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan
anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi
menjawab panggilan tersebut.
18.
Berahsia / Menipu
Jika
ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya
mengelak daripada memberi jawaban atau lebih teruk lagi – berbohong.
19.
Hadiah secara tiba-tiba
Bukan
hari kekasih, bukan hari lahir anda, dan bukan juga hari anniversary anda
berpacaran, si dia meberi hadiah mengejut. Biasa dipanggil guilt
gift. Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si dia cuba ‘menyuap’
anda dengan hadiah agar anda tidak berasa syak.
20.
Menghilangkan diri
Ada suatu
ketika anda lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan
hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia
Celcom buat hal.
21. Kawan
baik anda menunjukkan hint
Anda dan
kekasih anda mempunyai seorang mutual friend yang rapat dan tahu kisah
cinta anda. Tiba-tiba kawan anda itu berkelakuan aneh dan kurang memberi
sokongan kepada perhubungan anda. Anda perlu lebih peka dengan isyarat ini
kerana sebagai kawan baik, tak mungkin dia sanggup bercerita buruk tentang
kekasih anda secara berdepan. Sahlah kawan anda mengetahui sesuatu tentang
kekasih anda yang anda tidak tahu.
22. Naluri
anda
Percayalah
pada naluri anda. Hati sendiri akan mengiyakan sekiranya kekasih anda itu
selingkuh walaupun logik akal anda cuba menafikannya. Bukankah perasaan cinta
itu sendiri datangnya dari hati?
Jangan
terlampau lurus dan bertanggapan bahawa kekasih anda tak kan pernah curang, dalam masa yang sama elakkan daripada cepat
membuat judgement dan kesimpulan.
Jika si
dia mempunyai petanda-petanda seperti dinyatakan di atas, anda sudah dapat
meneka bahawa ada sesuatu yang tak kena dalam perhubungan anda. Maka, buatlah
sesuatu.
Ikhtiar.
Jangan cepat melatah dan bertindak mengikut nafsu. Cemburu dan berburuk sangka
secara melulu hanya akan merencatkan lagi perhubungan anda berdua. Selidik,
cari fakta, dan positifkan diri dahulu sebelum anda bersemuka dengan si dia.
No comments:
Post a Comment